CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 13, 2007

10 Sikap Wanita Yg Disukai Lelaki

Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,
mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu
membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan
gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada
potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi
daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah
anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan
menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih
waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak
terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya
cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji
dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita
membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah
senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan
memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan
dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan
lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita
tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan
walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih
kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta
mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka
serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih
di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn
suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai
seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik
dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi
dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah
dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan
membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada
nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada
kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan
mempesona.

0 komentar: